Saturday, January 28, 2012

kem_pink @ bintang (2)

dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.

rabu, 25 januari 2012
hari dimulakan seawal jam 5 pg. namun, dek kerana angin yg menderu2 laju berebut utk menyapa tubuh, 3omnt masa diambil utk menjejak kaki ke luar khemah. selesai menggosok gigi & berwuduk, (ade yg x sanggup gosok gg!) solat subuh ditunaikan dgn kaki yg menggeletar menahan sejuk ditambah pula dgn kesakitan mendaki smlm yg masih bersisa. jari2 tgnku mula menunjukkan tanda2 gatal, namun x ku pedulikan. lantas utk sesi mengumpul haba, aq & gengku meringankan tulang belakang utk menolong k.aishah yg bertungkus lumus menyediakan lunch utk kami bw ke puncak. aq & maryam menugaskan diri sendiri utk menggoreng cucur (cucur yg bulat2 comel itu dr air tgn bancuhan ckin!)hehe. segala kesejukan hilang tatkala bermain dgn minyak panas. mungkin juga cucur itu masin kerana peluh pagi yg menitik di dlm gelap. =D
selesai bersarapan & sesi memanaskan badan yg diketuai oleh mr. sepol, kami memulakan perjlnn menuju puncak pd pkul 8.45 pg dgn merentasi aliran air terjun separas buku lali. aq & ahli batch ku bersama mr. moshed yg berada dlm kump.3 bergerak seiring & sejalan, seindah bunga d taman!

berhenti bergambar~
namun, eppy, maryam, akim mika & beberapa ahli kump. yg memiliki tenaga kuda semakin lama semakin jauh meninggalkan kami d blkg. itu belum dilihat lagi pencapaian ahli kump. 1 yg menunjukkan skill mendaki yg bukan calang2.berlari seperti kilat. mendaki bagi mereka ibarat berkelah d tepi pantai! [xbawak beg berkilo2 lah katakan~] x mampu aq bayangkan jika kami terpaksa memikul 'anak fumakilla' bersama2 utk mendaki ke puncak~hehe

kump.1 -> mr. sepol + mr. president

pendakian aq hari ini majoritinya ditemani oleh mr. moshed, incik serabot yg laju memecut meninggalkan groupnya, & paling penting sekali geng sekepala serumah aq, ckin & atin.

atin with incik serabot
sifu & tongkat!

rehat sebentar bersama ckin~

oleh kerana ckin & atin mengalami sakit kaki, aq memperlahankan speed mendakiku yg sedia perlahan. mr. moshed yg agak jauh sedikit meninggalkan kami ber3 di blkg menugaskan incik serabot menjaga kami kerana group kami agak terpisah dgn kump. di depan & blkng. dia jugak seperti mengalami tekanan jiwe akibat kelajuan kami yg mengalahkan kelajuan ferrari rocher itu.

sedang asyik kami berhenti rehat di bawah pohon yg rendang, incik serabot yg becok berceloteh entah bagaimana bersilat lalu meng-karatekan cermin matanya. ku sangkakan skru yg tercabut, rupa2nya bingkai nye patah & x boleh disambung. mulalah angin pantai timur beliau bertiup. aq yg menjana otak memikirkan cara utk menyambung spec itu berjaye menggunakan talirafia namun beliau xmahu pakai. x seksi katanya.

sudah dibaiki dgn pita penebat baru dy pakai~

sdg kami asyik menunjukkan skill men'dispense' di tgh2 hutan belantara, group akak2 4th year yakni kelasmate incik serabot tiba membantu. namun kedegilan incik serabot xdpt dipatahkan oleh sesape termasuk aq yg penat membebel. katanya vertex distance yg lari buatkan dy fenin lalat. justeru, kami biarkan saje si rabun itu mendaki namun hasilnya, asyek terseradung aje lah kejenya. tapi d sudut hati kami ber-3, rase bersalah jugak sbb dia terpaksa menjaga kami yg menyumbang kpd pematahan spec tersebut. =='

bertemu akhirnya dgn geng sprinter~
lebih kurg pkul 1ptg, rombongn cik kiah kami tiba di taman Bunian. slps melantak mkn tghari, pendakian diteruskan menuju puncak bintang. namun, cuma seramai 25 peserta shj yg mngikuti xpdc ini kerana 10 pendaki mengalami kecederaan yg mnyukarkan mereka utk bergerak. justeru, kami tinggalkan mereka berehat d tmn tersebut.

menuju puncak!

wakil boptom 5th batch seramaiiii 2 org - mary & aq menguatkan smgt utk menawan puncak bintang. ditemani dgn setia oleh jejaka malaya = mr. moshed, incik serabut, incik kembars & edward celop, aq & mary melangkah gagah dgn koordinat 5 peserta plg blkg.

'bodyguards'

pendakian kali ini sgt mencabar minda & stamina kerana begitu byk lereng yg perlu didaki & curam yg perlu dituruni. jika dilihat gaya msg2 yg sudah seperti gaya ahli gymnastik plastik yg mengkuakkan kaki setinggi pokok nyur. perjlnn kami juga diiringi dgn penghuni tetap gunung yg kdgkala ingin berjalan seiringan...

'bluehippO'

'Fumakiller'

harimau muda -> demam olimpik =)

okeh. untungglah kalau harimau2 ni ade skali waktu mendaki kan. xyah susah2 nak pikul beg sndri. mereka kan gagah perkasa. hehehe. sambung cerita. lebih kurg pkul 3, kitorg semua smpai kat puncak bintang kecil!!!then guider bercadang utk stop at this point, coz kalau nak daki smpai ke puncak akan ambik mase yg lame, n dgn klajuan we alls yg umpama sipot sedutt, akan mendelaykan lagi masa utk tiba semula ke kemsite. so, kate sepakat tercapai, kamera pon dicapai!!

puncak pokok

antara jejaka malaya yg berjaya tiba d puncak

gambar kenangan d puncak

lebih kurg pkul 3.30ptg, kami memulakan perjlnn turun ke tmn bunian bg menyertai hikers yg ditinggalkan td. percaye x percaye, aq & maryam skrg berkoordinat 5 peserta plg depan! :D
okeh, suke jln depan tp abg guider nih laju mengalahkan kongkod! x terkejar yeop..tp sedih pulakkan tertinggall geng sehati sejiwa sekelajuan @ mr. moshed..jenuh tercarik2 adek manes bdua yg slalu d bwh jagaannye. beliau siap touching lagi. bile sampai kat tmn bunian, 'awak tinggal saye!' ayat menusuk jantung yg diutarakan. hehe. sorri sir.. =]

sblum memulakan pendakian turun

lpas solat jamak + makan + bergmbr bagai, perjlnn turun dimulakan lbih kurg pkul 6ptg. kali ni aq berkedudukan perempuan plg blkg dlm group, coz yg lain semua dh sakit kaki. but mcm bese, guardian kami mr. moshed setia mngikut d blkg. tp bliau juge sakit kaki & aq yg x sanggup dgr rintihannye. siries xtahu nk tlg mcmane. yg hanya mampu aq buat juz jln seslowww mungkin utk tggu dy. waktu 'mendaki' turun ni kami agak laju sedikit sbb x gune energy sgt. cuma kekuatan lutut amat diperlukan. mendaki sakit bahu kerana beban, turun sakit lutut pulak. lengkap pakej kan..group cik kiah kami ( maryam, aq, mr. moshed, akim mika & edward ) pd mulenya berkeyakinan tggi utk tiba di kemsite b4 hari gelap, namun naseb menyebelahi kami coz dpt menggunakan headlamp yg dh sedia dipakai sebelum memulakan journey lg. lbih kurg 30mnt sblum tiba d kem, ckin & atin join da club sbb klajuan kami makin slow + tenaga cahaya kurg. ditambah pula dgn cik mary yg tersalah urat kaki.
justeru, pimpinan kami dipimpin pula oleh cik atin molek yg memandu arah dlm kegelapan. tiba di satu persimpangan, kami dilema tatkala menemui jln buntu. dlm gelap gelita kami menjerit memanggil eppy yg mendahului di depan namun tiada jwpn. berikhtiar utk hidup, kami berpatah sdikit ke blkng & berjaya menemui jln yg lurus terus ke gerombolan kami td. rupe2nya tersalah masuk simpang.hehehe. kumpulan yg menunggu kami di depan turut berdebar kerana kami terpisah agak lama dan x membls sahutan mereka. alhamdulillah semua ahli xpdc slmt tiba semula di kemsite lbih kurg pkul 8mlm.
menu mlm dinikmati dgn lahapnya dek kerana kelaparan & kepenatan yg menggunung. mlm melabuhkan tirai dgn kerlipan bintang yg penuh membanjiri dada langit, sepadan dgn nama gunungnya. mlm yg aku lewati terlakar dgn satu lg memori indah!

thanks to zubair utk fireworks & edward utk teh O pns!

sambil menghirup udara mlm, mcm2 cerita terbongkar antara kami.yg kelat, masam dan masin semuanya menjd bahan ketawa. aku pulak tanpa segan silu meneguk bergelas2 air teh buatan tgn mr. edward..menjelang tgh mlm, kami melangkah ke tmpat beradu msg2. kesejukan yg terasa hingga ke tulang & deruan air terjun mengiringi mimpi indah kami yg x sbr nak pulang...... ;)

No comments:

Post a Comment