Friday, September 5, 2014

Story of September!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Wake me up when September ends". terngiang-ngiang baris lagu itu tiap kali tarikh menganjak ke bulan kelahiranku. Kini, bukan bulan aku sahaja. Bulan si dia juga. yang berkongsi tarikh lahir dengan abang sulung terchenta =D #introakuberdramasemata

September mengukir banyak kenangan buat aku dari dulu. Kini, juga buat kau yang bernama ARESYA yang bakal menjejakkan kaki ke Manchestar. Moga sentiasa dalam lindunganNya.

Mungkin kau dan aku tak semesra Uda & Dara, tapi kita berkongsi citarasa sama. Zill Faezrul empunya nama. Andai kau ketemu satu di sana, pamitkan salam cinta aku padanya.

Hidup di rantau orang perlu berjaga-jaga, kerna adat budaya warisan yang berbeza. Tapi andai berpegang pada agama, InsyaAllah akhirat kau genggam bersama isi dunia.

Akhir kata luahan rasa, buktikan pada mereka Boptom 5th batch bukan insan biasa. Kau kami wakilkan untuk tunjuk pada semua, kita mampu kembara hingga hujung dunia tak kira cuaca. ;)


.Aresya.

No comments:

Post a Comment