Saturday, January 28, 2012

kem_pink @ bintang (2)

dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.

rabu, 25 januari 2012
hari dimulakan seawal jam 5 pg. namun, dek kerana angin yg menderu2 laju berebut utk menyapa tubuh, 3omnt masa diambil utk menjejak kaki ke luar khemah. selesai menggosok gigi & berwuduk, (ade yg x sanggup gosok gg!) solat subuh ditunaikan dgn kaki yg menggeletar menahan sejuk ditambah pula dgn kesakitan mendaki smlm yg masih bersisa. jari2 tgnku mula menunjukkan tanda2 gatal, namun x ku pedulikan. lantas utk sesi mengumpul haba, aq & gengku meringankan tulang belakang utk menolong k.aishah yg bertungkus lumus menyediakan lunch utk kami bw ke puncak. aq & maryam menugaskan diri sendiri utk menggoreng cucur (cucur yg bulat2 comel itu dr air tgn bancuhan ckin!)hehe. segala kesejukan hilang tatkala bermain dgn minyak panas. mungkin juga cucur itu masin kerana peluh pagi yg menitik di dlm gelap. =D
selesai bersarapan & sesi memanaskan badan yg diketuai oleh mr. sepol, kami memulakan perjlnn menuju puncak pd pkul 8.45 pg dgn merentasi aliran air terjun separas buku lali. aq & ahli batch ku bersama mr. moshed yg berada dlm kump.3 bergerak seiring & sejalan, seindah bunga d taman!

berhenti bergambar~
namun, eppy, maryam, akim mika & beberapa ahli kump. yg memiliki tenaga kuda semakin lama semakin jauh meninggalkan kami d blkg. itu belum dilihat lagi pencapaian ahli kump. 1 yg menunjukkan skill mendaki yg bukan calang2.berlari seperti kilat. mendaki bagi mereka ibarat berkelah d tepi pantai! [xbawak beg berkilo2 lah katakan~] x mampu aq bayangkan jika kami terpaksa memikul 'anak fumakilla' bersama2 utk mendaki ke puncak~hehe

kump.1 -> mr. sepol + mr. president

pendakian aq hari ini majoritinya ditemani oleh mr. moshed, incik serabot yg laju memecut meninggalkan groupnya, & paling penting sekali geng sekepala serumah aq, ckin & atin.

atin with incik serabot
sifu & tongkat!

rehat sebentar bersama ckin~

oleh kerana ckin & atin mengalami sakit kaki, aq memperlahankan speed mendakiku yg sedia perlahan. mr. moshed yg agak jauh sedikit meninggalkan kami ber3 di blkg menugaskan incik serabot menjaga kami kerana group kami agak terpisah dgn kump. di depan & blkng. dia jugak seperti mengalami tekanan jiwe akibat kelajuan kami yg mengalahkan kelajuan ferrari rocher itu.

sedang asyik kami berhenti rehat di bawah pohon yg rendang, incik serabot yg becok berceloteh entah bagaimana bersilat lalu meng-karatekan cermin matanya. ku sangkakan skru yg tercabut, rupa2nya bingkai nye patah & x boleh disambung. mulalah angin pantai timur beliau bertiup. aq yg menjana otak memikirkan cara utk menyambung spec itu berjaye menggunakan talirafia namun beliau xmahu pakai. x seksi katanya.

sudah dibaiki dgn pita penebat baru dy pakai~

sdg kami asyik menunjukkan skill men'dispense' di tgh2 hutan belantara, group akak2 4th year yakni kelasmate incik serabot tiba membantu. namun kedegilan incik serabot xdpt dipatahkan oleh sesape termasuk aq yg penat membebel. katanya vertex distance yg lari buatkan dy fenin lalat. justeru, kami biarkan saje si rabun itu mendaki namun hasilnya, asyek terseradung aje lah kejenya. tapi d sudut hati kami ber-3, rase bersalah jugak sbb dia terpaksa menjaga kami yg menyumbang kpd pematahan spec tersebut. =='

bertemu akhirnya dgn geng sprinter~
lebih kurg pkul 1ptg, rombongn cik kiah kami tiba di taman Bunian. slps melantak mkn tghari, pendakian diteruskan menuju puncak bintang. namun, cuma seramai 25 peserta shj yg mngikuti xpdc ini kerana 10 pendaki mengalami kecederaan yg mnyukarkan mereka utk bergerak. justeru, kami tinggalkan mereka berehat d tmn tersebut.

menuju puncak!

wakil boptom 5th batch seramaiiii 2 org - mary & aq menguatkan smgt utk menawan puncak bintang. ditemani dgn setia oleh jejaka malaya = mr. moshed, incik serabut, incik kembars & edward celop, aq & mary melangkah gagah dgn koordinat 5 peserta plg blkg.

'bodyguards'

pendakian kali ini sgt mencabar minda & stamina kerana begitu byk lereng yg perlu didaki & curam yg perlu dituruni. jika dilihat gaya msg2 yg sudah seperti gaya ahli gymnastik plastik yg mengkuakkan kaki setinggi pokok nyur. perjlnn kami juga diiringi dgn penghuni tetap gunung yg kdgkala ingin berjalan seiringan...

'bluehippO'

'Fumakiller'

harimau muda -> demam olimpik =)

okeh. untungglah kalau harimau2 ni ade skali waktu mendaki kan. xyah susah2 nak pikul beg sndri. mereka kan gagah perkasa. hehehe. sambung cerita. lebih kurg pkul 3, kitorg semua smpai kat puncak bintang kecil!!!then guider bercadang utk stop at this point, coz kalau nak daki smpai ke puncak akan ambik mase yg lame, n dgn klajuan we alls yg umpama sipot sedutt, akan mendelaykan lagi masa utk tiba semula ke kemsite. so, kate sepakat tercapai, kamera pon dicapai!!

puncak pokok

antara jejaka malaya yg berjaya tiba d puncak

gambar kenangan d puncak

lebih kurg pkul 3.30ptg, kami memulakan perjlnn turun ke tmn bunian bg menyertai hikers yg ditinggalkan td. percaye x percaye, aq & maryam skrg berkoordinat 5 peserta plg depan! :D
okeh, suke jln depan tp abg guider nih laju mengalahkan kongkod! x terkejar yeop..tp sedih pulakkan tertinggall geng sehati sejiwa sekelajuan @ mr. moshed..jenuh tercarik2 adek manes bdua yg slalu d bwh jagaannye. beliau siap touching lagi. bile sampai kat tmn bunian, 'awak tinggal saye!' ayat menusuk jantung yg diutarakan. hehe. sorri sir.. =]

sblum memulakan pendakian turun

lpas solat jamak + makan + bergmbr bagai, perjlnn turun dimulakan lbih kurg pkul 6ptg. kali ni aq berkedudukan perempuan plg blkg dlm group, coz yg lain semua dh sakit kaki. but mcm bese, guardian kami mr. moshed setia mngikut d blkg. tp bliau juge sakit kaki & aq yg x sanggup dgr rintihannye. siries xtahu nk tlg mcmane. yg hanya mampu aq buat juz jln seslowww mungkin utk tggu dy. waktu 'mendaki' turun ni kami agak laju sedikit sbb x gune energy sgt. cuma kekuatan lutut amat diperlukan. mendaki sakit bahu kerana beban, turun sakit lutut pulak. lengkap pakej kan..group cik kiah kami ( maryam, aq, mr. moshed, akim mika & edward ) pd mulenya berkeyakinan tggi utk tiba di kemsite b4 hari gelap, namun naseb menyebelahi kami coz dpt menggunakan headlamp yg dh sedia dipakai sebelum memulakan journey lg. lbih kurg 30mnt sblum tiba d kem, ckin & atin join da club sbb klajuan kami makin slow + tenaga cahaya kurg. ditambah pula dgn cik mary yg tersalah urat kaki.
justeru, pimpinan kami dipimpin pula oleh cik atin molek yg memandu arah dlm kegelapan. tiba di satu persimpangan, kami dilema tatkala menemui jln buntu. dlm gelap gelita kami menjerit memanggil eppy yg mendahului di depan namun tiada jwpn. berikhtiar utk hidup, kami berpatah sdikit ke blkng & berjaya menemui jln yg lurus terus ke gerombolan kami td. rupe2nya tersalah masuk simpang.hehehe. kumpulan yg menunggu kami di depan turut berdebar kerana kami terpisah agak lama dan x membls sahutan mereka. alhamdulillah semua ahli xpdc slmt tiba semula di kemsite lbih kurg pkul 8mlm.
menu mlm dinikmati dgn lahapnya dek kerana kelaparan & kepenatan yg menggunung. mlm melabuhkan tirai dgn kerlipan bintang yg penuh membanjiri dada langit, sepadan dgn nama gunungnya. mlm yg aku lewati terlakar dgn satu lg memori indah!

thanks to zubair utk fireworks & edward utk teh O pns!

sambil menghirup udara mlm, mcm2 cerita terbongkar antara kami.yg kelat, masam dan masin semuanya menjd bahan ketawa. aku pulak tanpa segan silu meneguk bergelas2 air teh buatan tgn mr. edward..menjelang tgh mlm, kami melangkah ke tmpat beradu msg2. kesejukan yg terasa hingga ke tulang & deruan air terjun mengiringi mimpi indah kami yg x sbr nak pulang...... ;)

Friday, January 27, 2012

kem_pink @ bintang

>boptom 5th batch ke bintang<

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.

isnin,23 januari 2012
aq bersama gengku, eppy, ckin & atin bertolak dari rumah seawal jam 3.00 ptg lbeh kurg..byk perkara yg harus disettlekan.otw, kami drive thru utk ambik k.ina & k.hawa. setibanya di Angsana, drop-by atin lalu menuju ke jimat-ekon utk beli air mineral sbyk 3 kotak. seorang lagi gengku, maryam tiba x lama slps itu. hujan mula turun dgn lebat. ketika waktu menjangkau ke angka 5, hikers2 lain mula memunculkan diri. tapi, hikers LELAKI xnmpk btg hidung lagi. --->mekap ke bang???
leih kurg pukul 6ptg, kami memulakan perjalanan dari puncak alam ke puncak bintang. otw lagi, kemi harus drive thru utk ambik sir moshed di bertam,penang. =) seawal perjlnn, mulut msg2 x henti2 berceloteh dek kerana excited + byk cerita yg hendak digosipkan. bila msg2 dh kehabisan 'minyak', suara2 yg mengaum td makin lama makin hilang ditelan lagu yg diputarkan oleh inchik radio.

tdo2 ayam~

lebih kurg pukul 8 mlm, gerombolan yg diketuai encik saha, diiringi oleh encik sepol, disertai oleh 35 org peserta iaitu terdiri dr pljr opotometri, dan bas dipandu oleh incik drebar UiTM stop-by @ R&R tapah utk solat + mengisi 'minyak' yg telah kehabisan seawal minit 30 perjlnn.
--->bila perot penuh, mulut pon kecoh!
perjlnn disambung dgn 'kemunculan' artis2 tanahair seperti angah raja lawak bersama toyolnye serta 'kehadiran' rosyam nor, beego & scha al-yahya yg memukau mata dari terus terpejam. ade yg tergelak, tersedak & termimpi2 menonton spontaneous reaction mereka.

bgmbr dlu sblm tdo~


selasa, 24 januari 2012
lebih kurg pukul 2pagi, kami slmt tiba kat Surau Sg. Buluh, Kg. Sg. Sedim. kami dikelirukan dgn kehadiran surau yg byk di kwsn kampong yg menyebabkan kesukaran utk menemui surau yg dijanjikan. alhamdulillah, usaha kami dipermudahkan.

model of the day~edward cellop

msg2 meloncat turun dari bas utk menghilangkan lenguh2 kaki, sengal2 badan dan punggung yg keras kematu akibat bertapa lama di dlm bas. lebih kurg pukul 3 pg, semua peserta lena diulit mimpi beralaskan lantai &berbumbungkan atap surau. x kurg juga ada mata yg terkebil2 seperti aq akibat insomnia. aq hanya mampu membayangkan ke-extreman pendakian kami nnt. suasana kampung yg senyap sunyi diselangi bunyi cengkerik yg berdecit & mata rabunku smpat menangkap sketsa cicak gemok yg asyek berlari di atas siling surau. tepat pukul 4.45 pg, kedengaran bunyi kokokan ayam yg pertama menandakan kejutannnya kepada umat manusia. aq tahu aq x keseorangan tika itu, sbb ayam2 jantan setia menemani aq di luar sana. pukul 5 pg, aq menjalankan tggungjwbku utk mengejut askar2 yg berdengkur di kiri kananku. ternyata, usahaku begitu 'mudah'! kami hanya smpat menunaikan solat hajat sblum waktu subuh.

pagi dah menjelma~

lebih kurg pkul 7 pg, semua sudah bizi berkemas & bersiap utk memulakan xpdc. pengagihan peralatan seperti khemah & alat memasak turut dibuat. yg paling seronok, beg kami2 sgt berat ibarat memikul batu!!bahu msg2 dah rase nak tercabut tatkala perjlnn masih belum dimulakn.

edward cellop diapit mr. president & timbalannya~

sebelum ke trail head/kaki gunung, kami singgah sarapan di restoran desa Teruna. kami hanya berjln kaki dari surau kerana jaraknya yg cuma sejengkal jika nak dibandingkan dgn pendakian kami nnt. aq membayangkan kehadiran teruna2 kampong di restoran itu, namun jangkaanku meleset. t_t

sebelum ke Teruna~

makan2 d Teruna! ;]

setibanya di Teruna, msg2 mengalas perot kerana kami akan terus mendaki tnpa makan tghari. drpd Teruna, kami singgah d rumah salah seorg guide utk mengambil bahan makan mentah seperti beras dll. seterusnya, kami menaiki kenderaan pacuan 4roda tercanggeh abad ini utk ke trail head bg memulakan xpdc yg sudah terlewat dr jadual akibat beberapa masalah teknikal.

pacuan 4roda!

encik Serabut bersama brg2nya~

lebih kurg pukul 12 tghari, kami tiba di kaki gng dgn bantuan inche lorry. bacaan doa diketuai oleh encik zubair. terdapat 4 kump yg diiringi 4 org guide bertauliah spnjg pndakian kami.
pengembaraan bermula!!!
cabaran pertama yg terpaksa dilalui -> bukit setongggek 45-5o degree. peluh keringat yg menitik, ditambah beban di bahu yg mencecah seminima 15kg memaksa kami mendaki dgn laju seperti kura-kura. terdetik d hatiku utk berpatah balik & balik & balik!! x tercapai d akalku utk mendaki dlm keadaan itu. aku tahu, mereka mereka juga berfirasat sepertiku. jika seawal 5 mnt pertama pendakian lututku sudah meronta-ronta utk pulang & menamatkan pendakian, utk survive 5 jam berikutnya bg sampai ke campsite 1 adalah sama seperti impian & anganku menggapai bintang di puncak bintang! namun korang harus tahu seperkara. pljr2 optometri semuanya optimist fikirannya! x seorang pon yg menoleh ke belakang, tetapi semuanya maju ke depan meskipon bergerak selaju siput di jalanan!

senyum x senyum nak mendaki lagi~

x byk gmbr yg dapat aq snap pd hari pertama pendakian kerana kekuatan bahu & tgnku sudah di tahap minima. tenaga yg ada cuma berbaki utkku simpan bg memungkinkan aku selamat tiba d tapak perkhemahan. dugaanku bermula kira2 sejam sebelum ketibaanku ke campsite.

KEJANG 1 : sewaktu mendaki lereng yg curam, kaki kananku kejang. bersama begku yg sarat dgn muatan, aq tergolek seperti durian gugur setelah berjaya menempuhi lereng yg berliku. mujur mr. president ada d ctu utk mmbantu & aq bertuah mampu meneruskan perjlnn slps itu. meskipon sengal2 masih terasa d betisku, ku gagahi jua mendaki lagi berbekalkan kata2 guider yg x jemu2 mengatakan yg kami hampir tiba di kemsite. selang 30 mnt pendakian, aq berselisih dgn encik serabot & teman mendakinya yg berhenti rehat. oleh kerana mahu cepat sampai, aq tidak berhenti 'minom kopi' d ctu sebaliknya terus mendaki perlahan2. lurah & lereng aq tempuhi dgn sabar bersama periuk berukuran TV 2o inchi yg tersemat kemas dipeluk tgn. lbeh kurg 3 meter di blkngku, akim mika turut mendaki dgn gigihnya.
KEJANG 2: sekali lagi naseb 'baik' menimpaku tatkala mahu melangkah tunggul kayu sebesar betis yg merentangi denai laluan kami. kaki kiriku pula kejang! oleh kerana thp keseimbangan yg terlampau tggi akibat bergantung pd kaki kanan, periuk yg ku dakap tergolek-golek ke depan belah utara, manakala beg 15kg ku tercampakkk ketepi ketepi belah timur. apa yg pasti, aq sendiri terhumban ke barat laluan smbil kepalaku sedap mendarat pd tunggul kayu. yg tinggal, kaki kiriku yg terapung2 d awangan selatan berhampiran tunggul yg kulangkahi td. selesa mendarat, aq dgn merdunya menjerit sekuat hati meminta tlg. kesakitan kali ini 5 kali ganda dr kejang ku yg td. akim mika yg berjln sdikit jauh d blkg ku pantas berlari dgn muka terkedu, muskil dgn situasiku yg beraksi d atas laluan pendakian. meskipon cuba dipulihkan, namun kesakitan luarbiasa yg aq alami masih belum pulih. encik serabot & temannya yg tiba x lama slps itu turut sama menolak hujung kaki kiriku. namun semuanya masih x berhasil sehinggalah mr. president yg kebetulan tiba d tmpt kejadian menolak kakiku. tanpa menghiraukan aq yg mengerang kesakitan laksana org sedang bersalin, dia menolak dgn kuat sehingga aq rasakn uratku mcm nk putus. mukaku tika itu rasanya lebih teruk dr itik yg sdg sembelit. alhamdulillah, kekejangan ku dpat dihilangkan meskipon rasa sakit masih mencucuk2 betisku. T_____T

dgn gagahnya, aq lantas bgn dr pembaringan lalu mencapai periuk belanga serta beg dan melangkah pergi. yg ada dlm hatiku saat itu, aku mahu segera tiba di kemsite & merebahkan diri dlm air terjun yg telah menanti. lebih kurg 20 mnt slps itu, antara angan dan sdar aq berjaya tiba di tapak khemah!! melihatkan deruan air terjun dari puncak menghilangkan segala kesakitan yg terasa di bahu & kaki. saat ini, baru aku memikirkan kehadiran pacat di kaki yg barangkali sudah kembong perotnya. kasut lantas aq tggalkan namun aq sgt lucky kerana tiada pacat dikaki!!=D


air terjun! <3

sementara menunggu gengku yg sedikit ketinggalan di blkg, aq melakukan regangan bg mengelakkan kakiku kejang lagi. sewaktu aq tiba, lebih kurg 10-15 org hikers sudah merehatkan diri & ada yg bercengkerama dgn air terjun yg dingin. selepas memasang khemah, aq & gengku lantas menunjukkan skill msg2 dgn melakukan terjunan bebas ala2 bryan nicksoLemas! aq yg suke blupp3 hanya mampu membuat kuak katak d gigi air...

mandi time!!:)

masa sudah menganjak ke magrib usai kami mandi & membersihkan diri. meskipon sibuk & penat menghantui diri, ibadah wajb tetap kami dahului. salah satu perkara menarik ketika kempink kami ialah masakan chefs yg menjilat jari! sir sepol dgn sayurnya & sir moshed dgn sardinnya. mlm itu segala yg melalui anak tekak terasa enak dan lazat sekali. dgn angin yg bertiup skuat tiger, hirupan teh o' panas melegakan dingin yg menyapa diri. mlm itu, tirai dilabuhkan seawal jam 10mlm tnpa sbrg aktiviti dek kepenatan yg dilalui sepnjg hari. ahli khemahku yg seramai 5 org tidur nyenyak sekali dgn kesejukan yg mencucuk sehingga ke tulang hati. aq yg kerapkali terjaga mencari baju yg bersisa di dlm beg utk membaluti diri terpaksa pula menemani eppy yg xtahan melampiaskan hajat d hati. atin yg tersedar turut menemani pemergian kami. eppy menuju ke khemah sirs kerana kami diarahkan agar mengejut lelaki menemani jika ingin ke tandas. eppy yg mengejut sirs yg tidur hanya dibalas dgn suara emmmm.emmmm. oleh sir moshed..nekad ingin pergi sendiri akibat x tahan lagi, eppy pon menuturkan kata 'xpelah, kami pergi sendiri'. tiba2.....
sir saiful menyahut psti:tggu, sy ikot sekali!=)
atin yg berniat hanya mahu menemani pulak secara otomatik turut melepaskan hajat kerana ekon semula jadi yg berkali ganda sejuknya dr freezer rumah kami.terima kasih daun keladi, esok mlm boleh lah teman lagi! selesai semuanya, kami pon menyambung mimpi.........to be continued.

Sunday, January 22, 2012

*boptom ke bintang*

eppy

tina

atin & maryam

ckin

the only guy:akim mika

p/s: doakan kami selamat pergi & pulang. moga Allah melindungi kami spnjg perjlnn. =)

Friday, January 20, 2012

dispense yg suspens!

dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha penyayang.
kisah aq bermula pada hari isnin 16/1/2011. aq dikehendaki menduduki peperiksaan 'ophthalmic dispensing' yakni membuat cermin mata. berbekalkan ilmu mendispense spectacle yg telah aq pelajari selama lebih kurg 4 bulan, maka aq mengkofidenkan diri ke tahap 60% untuk mengambil ujian tersebut,.apabila tiba saat2 yg dinantikan oleh pelajar seperti aq, aq dipanggil masuk ke dlm makmal utk menunjukkan skil2 yg ade dlm diri aq.

amacam,berbakat x dorg pakai spec?
*bukan aq yg buat spec dorg* =P

10.50 pg jam makmal.
alkisah...aq memulakan tugas dengan membuka skru pd temple side blah kanan cermin mata. fuhhh.skru drebar aq membuat onar! jenuh aq pulas2 arah lwn jam, arah jam pon aq pulas tp x berjaya. lalu dgn bengang aq bukak skru belah kiri, bersama anggapan yg aq nk gune blah kiri punye bingkai utk di-scan. namun bile aq ltak pada pattern-maker (alat utk scan bentuk spec), jarum scanning itu utk bingkai blah kanan!siottt!mase aq dh terbazir begitu sahaja. lalu......

dgn suara yg garau,"skru drebar yg panjang belah sana!" mungkin tertekan barangkali melihat aq terkial2 dok bukak skru x lepas2.aq dgn gelabah mencapai skru drebar berhampiran baiti. setelah berjaye, aq meningkatkan kelajuan aq menyiapkan former (lens palsu diperbuat dari plastik),. siap semuanya, aq terus mencapai focimeter (alat utk periksa pwer lens) lalu kononnya ingin sepantas kilat mendptkan power lenses.naseb sgtlah menyebelahiku kerana aq terkeliru di saat itu, yg mana satu line yg patot dijadikan axis utk power cylinder.oleh kerana terlalu lama, aq ambik keputusan nak check lens ke2 dulu.dgn cepat aq dapat tanda center of da lens, lalu aq ambik lens yg 'menyenangkan' aq tadi utk teruskan kerja yg terbengkalai.tp kali ni dgn mudah aq dpt tanda centernya. ape ke pelik aq buat kerja serba tak kena.<--dalam hati.

namun kalian perlu tahu, aq sbnrnye tibe2 terblank, PD (pupillary distance) yg mane satu perlu aq ambik. diberi PD 63/60. dan aq dgn bijak memilih 60.padahal sbnrnye 63 yg patot diambil.aq tidak dapat berfikir waras ketika itu.naseb baek aq smpat berbisik pd umminabilla utk bertanya. [terimakasih utk markah ini] setelah melakukan decentration & meletak sucker (aq membuat kecoh kerana x jumpe sucker!), aq pon proceed dgn proses memotong lenses.aq bertuah kerana aq dapat mesin manual! dgn konfiden sbb mase tggl 5mnt lg,aq mengingat segale step yg dh dihafal utk gune mesin edging lens yg manual itu. siapa tahu, aq mmg seorang badut kerana terlupa utk meletakkan lens tersebut di 'cutting lane' yg sepatotnya.aq hanya switch on suis & dgn selamba dok bukak skru pd bingkai spec utk try fit lens yg dh dipotong nnt. sambil aq melakukan aksi selamba itu, terdengar suara berdehem, "ehemmmm.ehemmm.ehemmmmmmmm!!" aq tersedar dari lamunan panjang yg manis lagi indah. "apekah salahku? ape dosaku??" bisik diriku yg naif. rupa2nya......

lens itu berputar pada paksinya seperti bumi berputar pd paksinya!!namun diibaratkan seperti bumi yg x mengelilingi matahari! (korg bole byg???) maksudnye lens aq itu elok cantek x terpotong, kerana aq biarkan je tnpa letak pd cutting lane. lalu dgn muke cun umpama mekap setebal 5 inchi, aq cepat2 alihkan agar lens dpt dipotong dgn sempurna. akhirnya setelah dgn jayanya usaha aq menyiapkan spect terbabit, aq mencatatkan masa terpantas sendiri iaitu lbh kurg 50 mnt utk siapkan 1 cermin mata secara belikari dlm sejarah hidupku.

mungkin pemilik suare itu mahu ketawa berguling2 melihat aq menunjukkan kehebatan.
mungkin pemilik suare itu berdialog: tobat la demo nok ngaja dio lopah ni~ T_____T

Sunday, January 1, 2012

lembaran baru.

bismillah. alhamdulillah, saat ni aq tersedar dari lena yg panjang selama 2 tahun. [2011 + 2012] okeh. enough with intro dok ckp psl new year. sbb semua org dh update bagai kat laman sosial. jadi bile masuk je lembaran baru, tahun baru nih,..benda first yg terlintas kt kepala aq adalah BETAPA LAMANYA AQ DAH SPEND TIME DGN KAWAN2 BOPTOM 5TH BATCH tersayangggg!

malam berganti siang, siang berganti malam..[jamal abdillah-kekasih awal &akhir] dah besar2 semuanya.yg dulu maseh hingusan, dah pandai kenyit2 mata dgn abg macho. yg dulu muka serabut dtg kelas, skng dah rambut pacak bagai. dulu dok pakai tshrt ngn selipar,skng pakai baju mengalahkan artis,kasut jgn ckp lah.setinggi puncak broga mungkin!<--terOVER!hehe..

dlm entri kali ni aq nk mengumumkan insan2 yg meng-ungguli CARTA HATI aq selama aq belajar di UiTM Puncak aLAM terchenta.

*CARTA 2O11*

1) inche twoyou<--name fesbuk
okeh.semua mesti tertanya sape insan di atas. dia adalah seorang mamat. seorang big brother kpdku. plg sygg tahu! dialah insan yg memungkinkan aq meniti hidup sebagai student optometri, dgn izin Allah pastinya. my big bro adalah insan yg bertggungjwb mencadangkan bidang ni pd aq. at first rase x yakin dgn pilihan ni, tapi setelah hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, aq rase pilihan abg ni adalah yg terbaik! insyaallah adikmu ini akan berikan yg terbaik dan termampu! =)

2) ummi nabilla bt shaharuddin
okeh.kalau dlm jabatan optometri semua akan kenal ini minah.jalan sket kat kalau tanya, mesti semua kenal![betapa femesnya kan??] she's my groupmate + roomate bobobooy! senang je nk cm dia. kalau korang selisih @ terserempak dgn aq, peratusan insan tersebut berada di sebelahku adalah 90%. kalau nak cakap macam belangkas tu xdelah sgt. mungkin macam isi dengan kuku je. dari pemerhatian dan kajian yg dijalankan, terdapat hampir 80% persamaan antara aq dgn minah ni. contoh plg obious adalah bola~taste terhadap 'org'~berat pon sama!<--tapi berat aq naek dah sbb mkn byk.hehe. dan lagi satu dia comel.gilaa!:P

3) alam surians <--bunyik mcm durian kan??
okeh.yg nih ramai.memberi impak besar.kesan mendalam terhadap lubuk alam suria.[lubuk hati aq adelah terkesan sikit je]hehe,
~AIDA aris, ADIRA af, FATIN paten, YUNzYinz, NABIL, dan xlupa NORA Eelena. [sume HOT artis!]
one word to describe each of them.
1) aiDa: mamamia
2) Dira:mamarazzi
3) faTin:tinggiii!
4) YunZ:mysterious
5) NAbiL: glemous!<-- umminabilla
6) NoRa: kpOp! :D

okeh.nampaknya carta dh sampai top3.lain hari aq akan mencoret pasal mereka yg berjaya menduduki carta sehingga tangga ke-1O.yg xdek dlm snarai jgn patah seribu okai!kamu tetap tersemat di hatiku tanpa perlu ku sebut.:)
adek manes ni perlu belajar sbb final exam dh dok tggu kat sekitar corner.seram jugak tgk DHIA!<--xde kaitan dgn yg hidup mahupun sdg belajar.


p/s:doakan kejayaan bakal2 optometris seUiTM dalam menghadapi peperiksaan!